Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata see ekor

Puisi
 

Anak pipit kembang ekor,
     Masak susu linggang-linggang;
Ulit cik adik bawa tidur,
     Tutup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Seperti hendak meluruskan ekor beruk.

Bermaksud :

Sangat sukar menasihati orang yang degil. (Bandingkan dengan: Ekor anjing berapa pun dilurut [akan dia] tiada juga betul).

 

Lihat selanjutnya...(53)

580

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Lurus lurus ekor anjing, walaubagaimanapun ada bengkoknya

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Lurus lurus ekor anjing, walaubagaimanapun ada bengkoknya''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Anak pipit kembang ekor, Petang-petang ulam pegaga; Ulit cik adik bawa tidur, Petang-petang abang ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pipit kembang ekor, Masak susu linggang-linggang; Ulit cik adik bawa tidur, Tutup pintu renggang-renggang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak pipit kembang ekor, Orang memanah padang seberang; Adik tidak beralih tidur, Takut dimarah oleh abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ayam kurik rambaian tedung, Ekor berjela di dalam padi; Kalau menitik tangan menampung, Marilah kita menyulam janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ayam bertuah terbang mengapung, Ekor berjela di dalam padi, Diberi kain ditilamkan; Dalam tanah nan tujuh bidang, Adik seorang yang abang pilih, Yang lain abang haramkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Tek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Sama susut sama rindu, Sama tak tidur siang malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang dalam; Teresak-esak menanggung rindu, Sampai tak tidur siang malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas