Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seekor

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Seekor kerbau berkubang,
     sekandang kena luluknya.

Bermaksud :

Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa.

 

Lihat selanjutnya...(28)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Ada satu anak Brunei, Suka bermain baling-baling; Seekor lang seekor punai, Cuba buangkan bisa di daging.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Laksamana pergi mendekut, Dapat seekor punai gading; Kalau singa makan rumput, Tentu lembu makan daging.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Mengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pasang belat pasang bubu, Dapat seekor ikan, ikan bertutu; Sama sepelekat sama sekelembu, Mengapa mata lekat ke pintu.Pantun Melayu SarawakKasih
Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Cik Salleh membeli pari, Campur seekor ikan tenggiri; Toleh kanan kiri berdiri, Soal kubur datang mencari.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
1234567

Kembali ke atas