| Cik Amat orang Segamat, Buluh tolam dibuat bangsi; lambat/ selamat Biar lambat asal selamat, Kalau termalam apa nak dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Nampak dari Kuala Segamat, Di situ banyak pokok pauh; Berubah hati berdebar semangat, Kerana bertemu kampung bertuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Pagar ada bertemu tidak, Buah segamat di dalam peti; Berpandang ada bertemu tidak, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Bunga kesum tebing tinggi, Nampak dari Kuala Segamat; Singgah terlangsung saya ke mari, Minta doa biar selamat. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Tebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |