Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gan.se.gan] | سݢن٢

Definisi : malu-malu: janganlah ~, jem-putlah masuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segan-segan

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Segan menggerak lingkar.

Bermaksud :

Terlalu malas.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Pantun

PantunSumberTema
Bila orang memakan bubur, Tentulah ada santan kelapa; Apabila abang segan menegur, Tentulah hamba segan menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sayang ombak terlalu besar, Hingga segan orang memukat; Abang tidak mahu bersabar, Hampa pun segan datang mendekatKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Niat hati memasak sayur, Sayang segan menggiling lada; Hajat hati hendak menegur, Sayang tuan berpaling muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang menghadap, Datuk lubalang segan mengamuk; Setiap hari abang mengharap, Untuk meminang adik yang montok.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bahulu dalam pinggan, Tiga hidangan roti raji; Jangan malu jangan segan, Kita sudah suami isteri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap api embun berderai, Tiba di puntung pecah belah; Niat di hati segan bercerai, Kerana untung takdir Allah,Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Perahu cina memuat ikan, Saban hari sarat sinya; Malu bertanya sesat jalan, Segan mengaji sesat matinya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan petuah amanah; Elok akhlak nama terpandang, Orang segan maruah bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas