Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segantang

Puisi
 

Laksamana menyukat beras,
     Sukat mari segantang padi;
Timbang baik kalau jelas,
     Baru senang berjual beli.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tiada terbawa sekam segantang.

Bermaksud :

Sangat lemah; tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau secupak sama secupak, Bila segantang sama segantang; Kalau tercampak sama tercampak, Kalau berhutang sama berhutang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Beras tidak walau segantang, Masak bubur tidak bersantan; Sawah padi kering kontang, Ayam itik mati tak makan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Belilah beras barang segantang, Supaya mudah orang bertanak; Hatiku cemas memandang abang, Belum menikah sudah mengelak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ambillah padi agak segantang, Untuk ditanam di tengah malam; Adik seperti cahaya bintang, Untuk pedoman abang berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Padi pulut beras segantang, Gula sekati buat tambahnya; Hujan ribut pohon bergoncang, Gempa di hati buruk padahnya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bakul ketiding nampaknya besar, Diisi segantang manakan penuh; Kupikul kasih dada terbakar, Hendak dibuang hatiku luluh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Laksamana menyukat beras, Sukat mari segantang padi; Timbang baik kalau jelas, Baru senang berjual beli.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Secupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jin besar turun bertapa, Minum darah segantang sehari; Ikan di laut jangan dituba, Siamang di rimba habis mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sudah tahu langit bersisik, Kuupahkan rasa segantang; Sudah tahu aku berusik, Kuharamkan mata memandang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas