Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ha.ri.ha.ri] | سهاري - هاري

Definisi : tiap-tiap hari, saban hari: barang keperluan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ha.ri.ha.ri] | سهاري - هاري

Definisi : tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Sehari-hari memungut kerah,
     Dipungut oleh dara teruna;
Manakan hati tidak resah,
     Ada kekasih entah di mana.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sehari-hari memungut kerah, Dipungut oleh dara teruna; Manakan hati tidak resah, Ada kekasih entah di mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada satu Raja Pahlawan, Sehari-hari duduk di kota; Bukanlah bumi dilengkong awan, Bulan matahari mahu serta.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Menjual serbat sampai ke kota, Sehari-hari pergi dan datang; Tidak terubat hati nan luka, Terkenang sahabat jauh di seberang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ayuh encik jari bersusun, Mengadap raja sehari-hari; Pandai menjaga buah di kebun, Mana boleh jadi rugi.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang Cina pulang ke China, Sampai ke China malam hari; Saya tak ingat di mana-mana, Ingat puan sehari-hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Emas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas