Kain Jawa sehasta panjang, Dibawa budak turun mandi; Banyak muda sudah dipandang, Tapi tak pernah melekat di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain putih panjang sehasta, Tinggal sejengkal tudungkan puan; Abang pergi pilihlah rata, Jangan menyesal hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pohon semancun tinggi sehasta, Tempatlah budak berjuntai kaki; Itulah pantun bukankah kata, Bukannya budak tidak mengerti. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Galah mana yang kita kerat, Makanya pendek jadi sehasta; Salah apa yang hamba buat, Makanya adik berpaling muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tempat bersarang pohon rambutan, Belanak budu tidak bergaram; Tanah sehasta jadi rebutan, Anak menumpang di tanah haram. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bernyanyi helang terbang petang, Tempat bersarang pohon rambutan; Begini malang nasibmu sayang, Tanah sehasta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |