| Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sayang selasih pohonnya tinggi, Berdaun sehelai dimakan kuda; Wahai kekasih hamba pergi, Ada umur berjumpa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pucuk sardang daun sardang, Ambil sehelai membungkus nasi; Duduk sadang berdiri sadang, Ambil satu pemutus hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Jika ada kain kapan, Simpan dengan sehelai tikar; Jika ada rasa keinsafan, Insan kerdil ambillah ikhtibar. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Burung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Secarik dua carik, Tebu lontong kusangka kayu; Kalau dibeli bercarik-carik, Manakan dapat sehelai baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Anak rusa satu kandang, Bunyinya sampai mendayu-dayu; Khabar nakhoda ada dikenang, Habis membeli sehelai baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Kalau mandi abang kini, Letakkan dastar atas batu; Kalau jadi-jadi begini, Belikan kita sehelai baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |