Sifat keluarga berkasih sayang, Seia sekata sebarang kerja; Adat dijaga budi terbilang, Silang sengketa hilang semua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berkawan seiring jalan, Adat bersaudara seia sekata; Adat sejalan pantang melendan, Adat sekata berpantang dusta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat bini setia ke laki, Hilir mudik seia sekata; Adat berdiri sempurna budi, Hati baik mulia bicara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah sudah pergi ke paya, Marilah kita pergi ke hulu; Kalau sudah seia sekata, Marilah kita berjumpa ibu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjadi suluh; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai seia sekata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |