Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berkawan seiring jalan, Adat bersaudara seia sekata; Adat sejalan pantang melendan, Adat sekata berpantang dusta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila berjalan sama seiring Banyak kerja dapat dibuat; Apabila puan suka menjeling, Sesaklah dada hamba melihat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tabiat Melayu suka berkawan, Supaya hidup tidak berseteru; Sepakat Melayu seiring jalan, Selama hidup tidakkan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Satu dua orang berjalan, Datang hujan terlalu lebat; Dulu kita seiring jalan, Sekarang tuan mahu khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Alangkah elok bunga melati, Warna putih sangat menawan; Memang elok sama sehati, Ke mana pergi seiring jalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa gunanya orang berburu, Bila tidak membawa anjing; Apa gunanya abang mencumbu, Bila berjalan tidak seiring. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |