Kata tua kata bertuah, Tuah melekat seisi alam; Hina bangsa kerana lemah, Lemah akibat tidak sefaham. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang belati belum bergagang, Diberi sarung tiada guna; Orang kunanti belumlah datang, Seisi kampung bertanya-tanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung.. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |