Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.ti] | سجاتي

Definisi : asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yg sebenarnya: Encik Hasan ini bukan ~ Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka; Hamidah seorang wanita ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.ti] | سجاتي

Definisi : sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli: Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu ~.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejati

Puisi
 

Laman tempat orang berjudi,
     Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati,
Abang nak bujang selama mana?


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berat bukan sebarang berat, Berat memegang sumpah sejati; Niatku bukan sebarang niat, Niat meminang kekasih hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sutera merah lukisan Ayu, Dijual oleh anak Kedah; Putera sejati anak Melayu, Gagah tampan menyusun langkah.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya.Pantun Melayu SarawakPerantau
Dikirim dengan penerbangan Merpati, Kirim salam kirim jampi; Ke mana pergi putera sejati, Tinggalkan adik termimpi-mimpi.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Panjang serabut tali belati, Jejak ke tanah batang cendawan; Yang disebut hulubalang sejati, Tidak pernah membilang lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kain kapas kain sutera, Sutera merah lukisan Ayu; Jadi tatapan anak Negara, Putera sejati anak Melayu.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kata tua kata adat, Adat berisi laku perangai; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati malu bertikai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata adat, Adat berisi penonton akhlak; Ada tuah ada sifat, Sifat sejati santun bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas