Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejengkal

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Percakapan sejengkal dibawa sehasta.

Bermaksud :

Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.

 

Lihat selanjutnya...(13)

344

Give a man an inch and he'll take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give a man an inch and he'll take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau kail panjang sejengkal, Lautan mana dapat diduga; Kalau kecil kurang berbekal, Sesudah tua dapat celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Walau kain panjang sejengkal, Elok juga mengail udang; Walaupun kecil belum berakal, Elok juga membuat ladang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun kail panjang sejengkal, Jangalah takut menduga laut; Walaupun kecil kurang berakal, Jangalah takut apabila diugut.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang membeli sebarang pisau, Panjang sejengkal jadi senjata; Abang seperti orang mengigau, Hilanglah akal habis bicara.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain putih panjang sehasta, Tinggal sejengkal tudungkan puan; Abang pergi pilihlah rata, Jangan menyesal hari kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Buah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Suluh puntung gesek bergesek, Nyala belum sampai sejengkal; Sungguh beruntung orang pesek, Kalau mencium sampai ke pangkal.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pusing gasing tangan kidal, Tali pendek putus sejengkal; Kalau untung bercampur modal, Itu tanda berniaga tak kekal.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kain putih satu hasta, Dikoyak-koyak tinggal sejengkal; Pandanglah saya nyata-nyata, Balik ke kampung jangan menyesal.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rumah limas bertangkal-tangkal, Bawa mari pergi ke Makkah; Abang dah kasi emas sejengkal, Bila pula kita nak nikah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas