Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekaki

Puisi
 

Kalau tuan pandai melipat,
     Lipatkan saya sekaki dulang;
Kalau tuan pandai mengikat,
     Uraikan saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sudah dapat gubah dikarang,
     bunga sekaki dicampak buang.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga kenangan kembang sekaki, Baru mekar harum semerbak; Tanda orang tua berlapang hati, Berlaku sabar sebelum bertindak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bunga kenanga kembang sekaki, Rupanya molek kelopak mekar; Sungguhpun lama abang menanti, Mengapa adik tak beri khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga melur kembang sekaki, Ambil sekuntum bungkus kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke mana lagi memetik bunga, Bunga sekaki sudahlah layu; Ke mana lagi adik bermanja, Kanda kunanti tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pandai melipat, Lipatkan saya sekaki dulang; Kalau tuan pandai mengikat, Uraikan saya di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Gamat menikam gamat, Bunga melur kembang sekaki; Biar lambat asal selamat, Dalam telur boleh kunanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi ditunda dari Palembang, Jurumudi turun ke perahu; Dapat sekaki bunga kembang, Terlalu sedap rasanya bau.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik angsa turun ke kali, Berenang-renang sambil menyelam; Adik sepantun bunga sekaki, Kutimang-timang siang dan malam. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas