Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau sekali mencari pantau, Jangan diikut jalan darat; Kalau sekali pergi merantau, Jangan takut badan melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya tekak tak mahu makan, Usahakan cari menurut selera; Andainya awak tak tahu jalan, Jangan sekali malu bertanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tanam keduduk di tepi rimba, Pukul pahat dalam padi; Sungguhnya duduk bertindih riba, Jalan jahat jangan sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |