Banyaklah pengikut tali peti, Disentak sekali lalu disimpul; Banyaklah sahabat berani mati, Tidakkan seberani sahabat nabi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sekali memegang hulu, Sekali putingnya patah; Sekali enggang lalu, Sekali rantingnya patah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sekali biduk lalu, Sekali dayung patah; Sekali adik merayu, Mati pun abang tempah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Riuh sekali orang di pasar, Hilir mudik berpusu-pusu; Tujuh hari hamba berlapar, Menanti adik tak juga lalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain biru pengesat tangan, Orang berjamu di rumah kenduri; Mata beradu lalu berpandangan, Kita bertemu baru sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |