Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekejap (sebentar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekapur sirih

Puisi
 

Burung enggang silang-bersilang,
     Nampak pipit sama rata;
Sudilah sirih sekapur seorang,
     Itulah asal pembuka kata.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Sekapur sirih datang bertandang, Di dalam puan tersusun rapi; Tangan dihulur mata memandang, Sebagai cincin lekat di jari.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Burung enggang silang-bersilang, Nampak pipit sama rata; Sudilah sirih sekapur seorang, Itulah asal pembuka kata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiga sekawan pasukan gempur, Sayur buah bawa ke Selat; Tija terpukau sirih sekapur, Masyhur Tuah kerana Jebat.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kain dibeli lalu diikat, Beli di bandar Kuala Lumpur; Inilah juga tanda muafakat, Saya membawa sirih sekapur.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tepak sirih di tepi dapur, Buat pelantar di rumah Tuk Penghulu; Minta sirih barang sekapur, Buat ubat hati rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makan sirih ujung-ujungan, Makan sekapur sambil berludah; Saya di sini untung-untungan, Hidup bersyukur di tangan Allah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Sirih tidak pinang pun tidak, Minta sekapur kurangnya dua; Kasih tidak kenang pun tidak, Minta tidur semalam dua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas