Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekuntum

Puisi
 

Bunga tanjung dari utara,
     Jatuh sekuntum melayang-layang;
Bagaimana hati tidak gila,
     Tidur malam terbayang-bayang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum.

Bermaksud :

Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.

 

Lihat selanjutnya...(4)

187

There are plenty more fish in the sea

Orang atau sesuatu yang sudah terlepas dari tangan boleh dicari ganti. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan untuk memujuk orang yang kecewa sebab putus cinta)

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

"Don't be sad. There are plenty of more fish in the sea, you know. Sooner or later, you'll find a new love," Din says, conforting his friend.

''Jangan bersedih. Kata orang, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Lambat laun kau akan mendapat penggantinya,'' kata Din yang cuba menenangkan hati kawannya itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga sekuntum di dalam taman, Dilihat orang indah dan permai; Assalamualaikum puan dan tuan, Adat dibilang sudahlah sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Beri kami sekuntum, Bunga tangan Era; Adik suka tersenyum, Penawar duka lara.Pantun Melayu SarawakKasih
Bukan saya selisih tenggiling, Bunga sekuntum Padang Seberang; Bukan saya hadap ke dinding, Ingatkan untung badan seorang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bunga tanjung dari utara, Jatuh sekuntum melayang-layang; Bagaimana hati tidak gila, Tidur malam terbayang-bayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga melur kembang sekaki, Ambil sekuntum bungkus kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga cina tanaman Cina, Ambil sekuntum bungkus kertas; Pandang tuan bena tak bena, Di dalam hati haram tak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga kembang di dalam taman, Petik sekuntum hiasan putri; semoga abang dalam aman, Adik di sini tetap menanti.Pantun Melayu SarawakKasih
Baru sekali pergi ke pekan, Orang membeli bunga sekuntum; Baru sekali saya berpesan, Saya berpesan suruh berpantun.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pohon temak akar pun temak, Gugur di kuala bunga sekuntum; Diluah bapa ditelan emak, Sampai bila hendak dikulum?Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Buai laju-laju, Sampai pucuk sena; Apa dalam baju, Sekuntum bunga sena.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
123

Kembali ke atas