Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laut yg sempit yg menceraikan dua daratan atau pulau-pulau: S~ Melaka; S~ Teberau; Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yg letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pd zaman kolonial). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selat
Rujuk :laut

Puisi
 

Singapura negeri selat,
     Selat bernama Johor Bahru;
Pura-pura tidak dilihat,
     Tapi hati bagai digaru.


Lihat selanjutnya...(25)

Pantun

PantunSumberTema
Singapura negeri selat, Selat bernama Johor Bahru; Pura-pura tidak dilihat, Tapi hati bagai digaru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selat Teberau di air tenang, Pantai Lido pasir putih; Kasih lama jangan dikenang, Bila kukenang hatiku sedih.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Selat Teberau air jernih, Banyak mengail ikan gelama; Pura-pura menumpang kasih, Kenangan kita selama-lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lain selat lain sungainya, Lain padang lain belalang; Lain adat lain perangai, Lain orang lain pengenang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudah lama, Tiada tempat saya menyuruh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulau Rebak selat selari, Tiga dengan Kuala Cenang; Sudah nampak sahabatku mari, Hati di dalam rasa senang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Singapura bernama Selat, Kain sutera bercampur benang; Pura-pura hantap melihat, Dalam hati syukur mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pergi ke selat bulan lima, Beli bawang dua sepuluh; Saya berhajat sudahlah lama, Tiada orang hendak disuruh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas