Kerat selerang kain mastuli, Belum terjual tukangnya mati; Kuat orang jangan peduli, Sebelum ajal berpantang mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang cantik kain selerang, Pakaian raja dahulukala; Abang asyik main belakang, Manakan hamba malu menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gantang besar secupak kayu, Diberi hulu papan selerang; Pantangan besar anak Melayu, Diberi malu di depan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sukalah hati berkain baru, Benang sulam tapak selerang; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tidak berlekang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |