Seluar genggang baju genggang, Pakai anak raja seberang; Biarlah baik mencampak lenggang, Kita berdagang di tempat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Baju putih seluar putih, Bawa pergi sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Bagai budak tidak semangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju putih seluar putih, Tengah membasuh sabunnya hilang; Aku kasih ia pun kasih, Tengah berkasih ianya melayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baju putih seluar putih, Dipakai orang sembahyang Jumaat; Duduk letih berdiri letih, Hati bimbang lemah semangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu membeli tali seluar, Banyak mulut turut mengusut; Baru berdiri kaki gementar, Hendak duduk buntut berbisul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jahit baju jahit seluar, Jangan dijahit kain berbalik; Kalau hendak sila ajar, Kalau tidak hendak saya nak balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Laksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apabila suka mencangkung, Cepatlah koyak seluar; Apabila suka menyombong, Cepatlah nama tercemar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Yang baju di atas, Yang seluar di bawah; Yang mahu di atas, Yang keluar di bawah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Duduk berniaga dalam pekan, Pakai seluar warna biru; Jangan jadi bunga di hutan, Nampak merah cium tak bau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |