| Ini bulan bahasa, Kembara seluruh negara, Anak jadi mangsa, Ibu kena dera. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kera tercium bau setanggi, Harum wangi seluruh belantara; Bendera tetap dijulang tinggi, Aman Negara hidup sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Sayang Temasik tempat berniaga, Masyhur sudah ke seluruh dunia; Tuan emas hamba tembaga, Manakan boleh duduk bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Ini baju kebaya, Corak bunga Rafflesia; Selamat maju jaya, Seluruh rakyat Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Melati berkembang waktu subuh, Seri indah pada bunganya; Hati siapa tidakkan luluh, Seluruh Nusantara terasa sakitnya. | Pantun Melayu Sarawak | Rampai Tsunami |
| Apabila bertiup angin sakal, Ambil pengayuh mana yang ada; Apabila hidup ingin berbekal, Amalkan seluruh ilmu di dada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bila berpaut di pohon ara, Mawar luruh buat perisa; Bila laut mula bersuara, Gempar seluruh umat manusia. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
| Baju biru orang dewasa, Baju dipakai menerima kurnia; Melayu terbilang gagah perkasa, nama terjulang di seluruh dunia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |