Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.cam] | سماچم

Definisi : 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.cam] | سماچم

Definisi : 1 satu macam saja; sejenis. 2 = macam tidak ubahnya spt; sebagai: Saya tidak pernah berjumpa orang ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semacam

Puisi
 

Petang hari menahan bubu,
     Bubu ditahan olak mengkalang;
Diri umpama semacam tebu,
     Habis manis sepah dibuang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai kena sentung pelali.

Bermaksud :

Gadis yang tak mahu bersuami. sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak rusa di tepi paya, Makan pagi mengulam rumput; Tidak orang semacam saya, Tahan hati mengulam perut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik si itik Tawi, Marilah mandi di dalam pedena; Kalaulah adik Sitalah Dewi, Abanglah semacam Serilah Rama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas