Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sembahyang,

Puisi
 

Sembahyang waktu Subuh,
     Pasang tabir atas tambiran;
Bau adinda lekat di tubuh,
     Dibawa mandi tidakkan hilang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Sembahyang diberi berwaktu,
     janji diberi berketika.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah ditentukan waktunya, supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Ambillah kayu buatlah tiang, Tiang berdiri penyangga rumah; Ambillah guru taat sembahyang, Sembahyang ini membawa berkah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sembahyang waktu Subuh, Pasang tabir atas tambiran; Bau adinda lekat di tubuh, Dibawa mandi tidakkan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Keling sembahyang sami, Dia sembahyang pagi petang; Ingat rumput di bumi, Dipijak orang pagi petang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mengapa takut sembahyang subuh, Subuh datang sembahyang ditegakkan; Mengapa takut menentang musuh, Musuh datang pantang dielakkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang sembahyang lima waktu, Dalam sujud bunyi beduknya; Laut darat dunia satu, Langit juga akan tutupnya.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang Keling sembahyang kusami, Bawa dian sepuntung seorang; Ibarat ambo rumput di bumi, Pagi petang dipijak orang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Hari raya sembahyang raya, Raja berangkat dari istana; Dari daya dan upaya, Tiada rotan akar berguna.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau duduk sembahyang Jumaat, Ingat berdiri sebelum sembahyang; Kalau hidup memegang amanat, Adat diisi lembaga dituang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung ranting; Siapa bilang kamek tak sembahyang, Di dalam tidur membawa sembahyang.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Waktu asar orang sembahyang, Tandanya umat kukuh beriman; Hatiku hancur bukan kepalang, Cinta dibuat bagai permainan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas