Bunga kembang di dalam taman, Petik sekuntum hiasan putri; semoga abang dalam aman, Adik di sini tetap menanti. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Senyap sunyi istana raja, Kerana beliau pergi berburu; Setiap hari hamba berdoa, Semoga engkau sudi menunggu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Malam-malam mengirik sagu, Supaya senang esok harinya; Dalam diam adik menunggu, Semoga abang mahu bertanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam naik perahu, Membawa barang untuk berdagang; Dalam diam adik menunggu, Semoga abang lekas meminang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang beramu, Membawa badik untuk senjata; Dalam diam abang menunggu, Semoga adik mahu menyapa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Diam-diam orang menuba, Supaya ikan banyak yang mati; Dalam diam abang memuja, Semoga adik tidak membenci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anaklah enggang di kayu tinggi, Barang jatuh saya pegangi; Orang dagang kami sanjungi, Semoga tuan hiburkan hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |