Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semoga;

Puisi
 

Tampak kulihat tanah seberang,
     Di kala petang menjelang senja;
Biarlah daku di rantau orang,
     Semoga dapat melupa saja.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bunga kembang di dalam taman, Petik sekuntum hiasan putri; semoga abang dalam aman, Adik di sini tetap menanti.Pantun Melayu SarawakKasih
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Senyap sunyi istana raja, Kerana beliau pergi berburu; Setiap hari hamba berdoa, Semoga engkau sudi menunggu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Malam-malam mengirik sagu, Supaya senang esok harinya; Dalam diam adik menunggu, Semoga abang mahu bertanya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam naik perahu, Membawa barang untuk berdagang; Dalam diam adik menunggu, Semoga abang lekas meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang beramu, Membawa badik untuk senjata; Dalam diam abang menunggu, Semoga adik mahu menyapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam naik ke sampan, Membawa jala berserta jaring; Dalam diam adik doakan, Semoga kakanda tidak berpaling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang menuba, Supaya ikan banyak yang mati; Dalam diam abang memuja, Semoga adik tidak membenci.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anaklah enggang di kayu tinggi, Barang jatuh saya pegangi; Orang dagang kami sanjungi, Semoga tuan hiburkan hati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tampak kulihat tanah seberang, Di kala petang menjelang senja; Biarlah daku di rantau orang, Semoga dapat melupa saja.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas