Kalaulah labu dibawa bermain, Di manakah sempat lagi dipetik; Kalau rindu pada yang lain, Di manakah sempat bersua adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air pasang menganjur pagi, Tidaklah sempat menghanyut suntang; Sudah terlanjur main jua begini, Endaklah dapat disintak pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang memukat pagi dan petang, Tak sempat pagi memukat malam; Orang beradat berhati lapang, Diumpat dikeji tidak mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Kalau berbuah tak sempat masak; Buruk negeri lupakan adat, Kacau serumah umat pun rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila kaki sudah penat, Barang ke mana tidakkan sempat; Apabila hati patah semangat, Sebarang kerja takkan selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Belum duduk sudah berdiri, Manakan orang dapat bicara; Belum ditengok sudah lari, Manakan sempat kita bercinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berkitab sambil menulis, Jangan sampai dakwat terbuang; Kalau bercakap dalam menulis, Jangan sempat mengumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |