Anak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pagi hari ayam berkokok, Hendak pergi ke Padang Semu; Saya hendak masak di pokok, Masak rendah saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Tetak tebu tempatku mandi, Layang-layang di Padang Semu; Jangan sedih dalam hati, Ada hayat boleh bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak buluh banyak duri, Kain kebayat di Padang Semu; Biar kurus jangan mati, Ada hayat boleh bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |