Jangan suak membunuh semut, Sarang semut banyak gunanya; Jangan suka duduk merungut, Orang perengut banyak susahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Semut meniti laju, Berbondong meniti damak; Jikalah tuan setuju, Sejuk perut emak. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Semut api dari seberang, Ke sana ke mari mengangkut pasir; Lautan api direnangi orang, Apatah lagi lautan air. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Awang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana semut tidak membalas, Beruk menimpa kera mengancam; Bagaimana perut tidakkan mulas, Menengok mentua bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau sudah semut melata, Hidupkan api dalam gua; Kalau disebut sehidup semati, Sehidup semati sampai tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau di baliknya semut api, Akan terbuang batang lada; Kalau adik bermain api, Abang senang bermain muda. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Labu manis dimakan semut, Tak dapat lagi dimakan orang; Malu habis iman pun hanyut, Laknat menanti badan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |