Pokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok sena daun pun sena, Daun jatuh dalam telaga; Bulan mana hari mana, Boleh kita berjumpa pula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok sena pokok kuini, Ikan Sepat mabuk di paya; Biar berhutang di sana sini, Asal dapat tunjuk gaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bunga sena sayur mengkuang, Sudah dipetik jual ke kedai; Banyak tanah luas terbentang, Sudah dipajak sudah digadai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bunga sena datuk, Kembang tajul Malai; Selawat pinang datuk, Masuk jenung balai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Bunga sena kuning mencelah, Daun kering jatuh bersepah; Saya yang hina buang sebelah, Hidup di dunia bagai sampah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bunga sena dalam jerami, Putik kandis dalam dulang; Cuba guna dalam nyanyi, Bawa nyanyi depan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pokok sena kampung seberang, Satu dahan dua cabang; Apabila kena getah abang, Lalat yang liar tak boleh terbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok sena dahan bercantum, Tempat bersarang burung tekukur; Kalau bunga bukan sekuntum, Kumbang juga bukan seekor. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pohon sena cabangnya empat, Mari terbang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |