Jika gugur bunga durian, Tengah hari boleh dikarang; Jika begitu katamu tuan, Sepurnama lagi kami datang. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Jika tempua bersarang tinggi, Kerat sebatang bunga kiambang; Jika tuan sudi disaji, Ibarat menatang bulan mengambang. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Bunga Rafflesia kembang berbau, Banyak terdapat di Kalimantan; Negara Indonesia dilanda jerebu; Malaysia datang menghulur bantuan. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Bukan kota sebarang kota, Kota Pontianak jiran semenda; Bukan bicara sebarang bicara, Bicara pertermuan ayah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Kami melawat Kalimantan Barat, 17 Ogos Indonesia merdeka; Sedang jauh terasa dekat, Kini baru bersua muka. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Dari Kudat ke Sumatera, Dari Sumatera ke Tanah Jawa; Sudah sebulat kita bicara; Dua Negara bersatu jiwa. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Dari Bali ke Sumatera, Hendak bermalam di Langka Canang; Niat hati hendak bersemenda, Hati terpaut orang Minang. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Di bawah Khatulistiwa kami bersumpah, Parang ilang Sri Ayu; Satu jiwa usah dipisah, Keramat merdeka rumpun Melayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |