Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.du.du/] | سندودوق

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok renek), Mela-stoma malabathricum (imbricatum, molle, muticum, sanguineum); 2. sj tumbuhan (pokok renek yg berasal dr Brazil), Tibouchina semi-decandra; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), kemunting akar, Marumia nemorosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.du.du/] | سندودوق

Definisi : beberapa jenis pokok renek yg buah dan pucuknya boleh dimakan; keduduk, Melastoma spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senduduk

Puisi
 

Pohon senduduk pohon serai,
     Pohon senduduk buat pedati;
Dengar kokok berderai-derai,
     Melihat ekor bergelumang tahi.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Kadir menetak senduduk, Senduduk tumbuh tepi telaga; Kalau takdir tak dapat tanduk, Namun telinga kupulas juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Senduduk tumbuh di celah batu, Pergi ke Pekan Pasar Minggu; Duduk termenung di muka pintu, Siapa gerangan orang ditunggu?Pantun Melayu SarawakKasih
Pohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pokok senduduk baru berbunga, Daunnya habis dimakan babi; Selama hidup dalam dunia, Seribu tahun lautan mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok senduduk di luar pagar, Sungguh berbunga tidak berbau; Satu sungguh kedua benar, Masuk ketiga saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang senduduk di atas bukit, Pokok dedap sudah tumbang; Beralih duduk jauh sedikit, Beralih cakap terasa bimbang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok senduduk di tanah seberang, Berselang rapat si pokok jati; Punca hidup terus membujang, Kalau tak dapat bagai di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa si pokok berangan; Disangka mengantuk disorongkan bantal, Rupanya tidur berbantal lengan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas