Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam), ketika hampir akan malam: ~ hampir tiba, ayam dan itiknya kedengaran riuh rendah masuk ke reban; berebut ~ Mn hari mulai malam; ~ buta = ~ raya senja yg sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam); kesenjaan sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ja] | سنجا

Definisi : waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam); waktu hampir malam; senjakala. ~ buta (raya) waktu senja yg sudah gelap (lebih kurang pukul 7.30 malam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senja (kata nama)
Bersinonim dengan hampir malam, merelop, matahari terbenam.,

Puisi
 

Kemas rumah di waktu senja,
     Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
     Budi bahasa sukar dicari.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai kucing lepas senja.

Bermaksud :

Sukar dicari; merasa senang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Janganlah suka belayar senja, Senja hari banyak jembalang; Jangan cuba mengejar hamba, Hamba dah jadi milik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak gagak terbangnya senja. Sudah senja balik ke sarang; Awak hendak orang tak suka, Muka siapa akan kupandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Waktu senja diberi makan, Bertelur sebiji di kebun Pak Tani; Masa remaja disia-siakan, Berhibur ke sana berhibur ke sini.Pantun Melayu SarawakNasib
Kala senja mencari kerang, Adik menunggu tidak berbaju; Bila Tsunami datang menyerang; Mangsa kehilangan arah tuju.Pantun Melayu SarawakAgama
Waktu senja tanak pulut, Untuk bekal turun ke padang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila harilah senja buta, Bawalah pelita penuh berisi; Apabila laki dan tua renta, Peliharalah dia sepenuh hati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bersembang-sembang sampai senja, Pujuk isteri tidak dipeduli; Ada wang habis dibelanja, Esok hari bergadai berkuli.Pantun Melayu SarawakNasib
Waktu duduk menunggu senja, Kain dilipat disimpan orang; Waktu datuk merayu dara, Datin melihat mengasah parang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu duduk menanti senja, Banyaklah parang diasahnya; Waktu beruk menjadi raja, Banyak orang dibelasahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ingat-ingat berjalan senja, Salah langkah jatuh ke sungai; Ingat-ingatlah pesan hamba, Bila terlupa kita bercerai. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas