Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.to.sa] | سنتوسا

Definisi : aman dan tenteram, bebas drpd segala bencana, sejahtera, selamat: pd masa itu negeri Melaka pun dlm ~nya, dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk; bersentosa berada dlm keadaan aman dan tenteram (sejahtera, mewah, dll), berbahagia; menyentosakan menjadikan sentosa (sejah-tera), mengamankan; kesentosaan perihal sentosa, keamanan, ke-sejahteraan, ketenteraman: mereka menyan-jung tinggi Presiden mereka yg telah me-mimpin negara mereka ke arah ~ itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.to.sa] | سنتوسا

Definisi : bebas atau terlepas drpd segala bencana; aman dan selamat; tenteram: Mudah-mudahan negara kita tetap ~ se­lama-lamanya. menyentosakan men­jadikan sentosa (ttg keadaan negeri dsb); menenteramkan. kesentosaan keadaan sentosa; kesejahteraan; keten­teraman: Pasukan polis bertugas menjaga keamanan dan ~ hidup rakyat sesebuah negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sentosa (adjektif)
Bersinonim dengan aman, damai, tenteram, tenang, sejahtera, bahagia, rukun, selamat, makmur, senang, lega, selesa, sakinat, karar;,
Kata Terbitan : menyentosakan, kesentosaan,


Pantun

PantunSumberTema
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Hidup sentosa anak menakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau memakai kain pelekat, Dibawa berjalan dapat selesa; Kalau pandai memimpin umat, Negara aman rakyat sentosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila liat kayu dikapak, Susah payah orang bekerja; Apabila taat ibu dan bapak, Rumah tangga senang sentosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Taat laki sayang ke bini, Sakit senang sama dirasa; Adat berdiri tenang negeri, Rakyat senang dunia sentosa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas