Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang (drpd yg banyak); 2. sendiri; ~ diri sendiri sahaja; ~ budi-budian, ~ tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiat­nya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.o.rang] | سأورڠ

Definisi : 1 satu orang. 2 sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Yang seorang memeram batu,
     yang seorang memeram pisang.

Bermaksud :

Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.

 

Lihat selanjutnya...(76)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(44)

Pantun

PantunSumberTema
Dari seberang ke seberang pula, Hanyut pandan dari kuala; Dari seorang seorang pula, Dandan juga pusing kepala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak ke seberang seberang saja, Saya tak mahu berkuda-kuda; Hendak seorang seorang saja, Saya tidak mahu berdua tiga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Seorang berperang seorang bertombak, Masing-masing tunjukkan jantan; Bukit bertepuk gunung berombak, Datang air jadi sempadan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Seorang berkuda seorang berlembu, Takkan sama dengan tapaknya; Tuan sutera saya belacu, Takkan sama dengan coraknya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak Cina dua beradik, Seorang bodoh seorang cerdik; Seumpama ayam kudidik, Cari makan yang baik-baik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Itik belang pekaka belang, Turun mandi di tepi pantai; Adik seorang abang seorang, Kita mati bertindih bangkai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari seberang pergi ke seberang, Dari upih mayang tersangkut; Hilang seorang ganti seorang, Dapat puteri panjang rambut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas