Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kami pergi memukat, Tertangkap ikan pari; Suami isteri sepakat, Anak bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka berkawan, Supaya hidup tidak berseteru; Sepakat Melayu seiring jalan, Selama hidup tidakkan malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka mengalah, Supaya hidup tidak bergaduh; Sepakat Melayu membawa berakah, Selama hidup nampak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka merendah, Bercakap besar ia pantangkan; Sepakat Melayu membawa faedah, Siapa ingkar binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu berterus terang, Berkata lurus bercakap benar; Sepakat Melayu muka belakang, Siapa memupus azabnya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu pantang mengiri, Sesama umat berkata jujur; Sepakat Melayu petang dan pagi, Siapa khianat dia kan hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka bergaul, Tidak membilang suku dan bangsa; Sepakat Melayu sama setukul, Sakit senang sama dirasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu bertegur sapa, Ke mana pergi mencari kawan; Sepakat Melayu hidup bersama, Siapa dengki menjadi lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |