Batang tebu batang tanaman, Batang cempedak batang berjasa; Sayang ibu sepanjang zaman, Sayang bapak sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Gantunglah tali sepanjang lutut, Tali bertali direntang kendur; Untung sekali orang nan untut, Kaki seperti batang nyiur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah beruk makan cempedak, Memanjat kayu sepanjang hari; Hendak merajuk bukanlah budak, Penat merayu orang tak sudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Orang berdedai menjala hiu, Ikan mengganas sepanjang tahun; Abang bagaikan kelana lalu, Siang berpanas malam berembun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Induk helang baru bertelur, Berjaga-jaga sepanjang hari; Kutengok abang mahu menegur, Makanya hamba datang ke mari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan tenggiri ikan temenung, Lautnya konon sepanjang pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Taat bini setia ke laki, Berkasih sayang sepanjang hayat; Adat berdiri sempuma budi, Selisih hilang tenanglah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Balam tekukur burung di hutan, Asyik berbunyi sepanjang hari; Di dalam tidur aku mimpikan, Adik berjanji datang sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang memukat pagi dan petang, Menentang ombak sepanjang hari; Orang beradat berhati lapang, Pantang melagak membesarkan diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |