Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Pantun

PantunSumberTema
Tebang kayu sebatang dua, Untuk membuat perahu kolek; Abang merindu sepanjang masa, Mabuk melihat tubuh yang molek.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan adat lembaga; Elok akhlak nama terpandang, Dikenang orang sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat tua berdada lapang, Jadi teladan yang muda; Adat dijaga lembaga dipegang, Jadi pedoman sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyak rumpun perkara rumpun, Rumpun gelagah diserang rusa; Banyak ampun perkara ampun, Ampunan Allah sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Putik mentimun dibuat ulam, Sekali makan memang perisa; Adik sepantun permata nilam, Jadi pujaan sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang Daik pergi menjala, Dapat udang dipanggang saja; Orang baik hatinya mulia, Diingat orang sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Batang tebu batang tanaman, Batang cempedak batang berjasa; Sayang ibu sepanjang zaman, Sayang bapak sepanjang masa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas