Mabuk di rumah Lelawangsa, Minum air tempayang tiga; Sepatah kata adik berkata, Itu membuat hatiku gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain berlipat dalam istana, Pakaian puteri raja kayangan; Sepatah nasihat ilmu yang berguna, Secubit budi jadi kenangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buah ketapi kulitnya manis, Patah galah dalam paya; Orang lelaki mulutnya manis, Cakap sepatah jangan percaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Suluh puntung arang berasap, Asap melimpah ke luar negeri; Sungguh beruntung orang gagap, Bercakap sepatah habis sehari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Masak buah pisang lidi, Masak sebuah dengan dua; Apa rupanya kehendak hati, Cuba katakan sepatah dua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |