Sepuluh hari di Teluk Ramunia, Orang bertandak di atas tanah; Sudah menjadi resam dunia, Di mana bengkak di situ menanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau sekali abang mengikir, Sepuluh kali adik mengetam; Kalau sekali abang mungkir, Sepuluh kali adik mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tali kail panjang sepuluh, Pedang sehasta di dalam peti; Di dalam air badan berpeluh, Perang sengketa dalam hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor tinggal sembilan; Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh, Akan buat bekalan hari kemudian. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Anak enggang terbang sepuluh, Hinggap mari dahan berduri; Sungguh keras buku buluh, Dimakan bubuk habis sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rumah ini tiang sepuluh, Mari kudiri di atas rakit; Malam ini malam kesepuluh, Kerana menunggu orang sakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ayam turun sepuluh, Mati seekor disambar helang; Kalau tuan berani sungguh, Rebutlah aku di tangan orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kain putih panjang sembilan, Panjang sepuluh berkelim rambu; Adik putih tidur semalam, Lekat peluh hodohnya bau. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |