Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.kah] | سراکه

Definisi : loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
serakah (adjektif)
Bersinonim dengan loba, rakus, tamak, lahap, celici, haloba, gelojoh, belalahan, kemaruk, hakap, dahuk, melik, muris, temaah;,
Kata Terbitan : keserakahan,


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata merendah, Walau merendah pantang diinjak; Hina bangsa kerana serakah, Kalau serakah datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sampan jangan sampai pecah, Bila pecah hilanglah harta; Makan jangan sampai serakah, Bila serakah orang menista.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kerana teruk makan serakah, Badak hairan pungguk pun bengis; Kerana menengok hutan dirambah, Banyaklah haiwan duduk menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana parang takkan patah, Bila besinya sudah berkarat; Bagaimana orang takkan serakah, Bila hatinya gilakan pangkat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila ke hulu tidak bergalah, Ke hilir pula bawa berdayung; Apabila terlalu tamak serakah, Akhirnya kepala kan terpancung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Waktu menteri berdagang terung, Celananya basah kena santan; Pilulah hati memandang umat, Rajanya serakah lupa daratan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa ladang tidak berpadi, Kerana tugalnya sudah patah; Mengapa orang tidak berbudi, Kerana akalnya tambah serakah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas