Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kayu api dibelah-belah, Dibelah orang dengan parang; Hidup di dunia serba salah, Datang ke sini dikata orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang encik Melayu, Pakai serban senget sebelah; Kalau berbunyi burung jentayu, Ayam di reban serba salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sayang Pak Tua mulutnya ompong, Hendak mengunyah gusi berdarah; Sayanglah dara perutnya kembung, Hendak berlaki serba salah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Cik Siti anak Cik Hanafiah, Bangkit pagi menjahit kupiah; Laksana buah masak sebelah, Hendak kutelan serba salah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |