Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serindit

Puisi
 

Serindit bulunya bengkok,
     Bengkok sampai ke jari kaki;
Minta sirih diunjuk rokok,
     Kalau rokok mana api?


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Niat hati nak getah bayan,
     sudah tergetah burung serindit.

Bermaksud :

Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Berlaga kumbang sesama kumbang, Berlaga serindit sesama serindit; Pada berlapang sama berlapang, Pada yang sempit sama berhimpit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Serindit turun bersarang di lembah, Sang Pendeta dalam hikayat; Seribu tahun tidak berubah, Sanggupkah menderita sepanjang hayat?Pantun Melayu SarawakBerkait
Serindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Serindit bulunya bengkok, Bengkok sampai ke jari kaki; Minta sirih diunjuk rokok, Kalau rokok mana api?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung serindit hinggap berenam, Lima-lima terbang bersama; Wang ringgit jatuh menjunam, Jimat cermat langkah pertama.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sayang serindit mengeram telur, Hendak dijerat tak sampai hati; Abang menjerit di dalam tidur, Hendak memikat si tangkai hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung serindit terbang melayang, Terhenti hinggap di ranting mati; Bukan ringgit dipandang orang, Tapi memandang bahasa dan budi.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Sayang serindit punai di Jawa, Permainan anak permaisuri; Pelepah jatuh pucuk ketawa, Pangkal juga menahan diri.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Burung serindit terbang melayang, Turun ke tanah makan padi; Kita terselit di kampung orang, Biar pandai membawa diri.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Burung serindit makan nanas, Arang terap dalam padi; Janganlah adik bercakap panas, Rasa sedih di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas