Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata serta;

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Bermaksud :

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Ketuku batang ketakal, Duanya batang keladi moyang; Kita sesuku serta seasal, Kita senenek serta semoyang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah baju serta selendang, Dapat dipakai ke helat jamu; Hatiku rindu kepada abang, Hajat sampai dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menekat serta menyulam, Terlalu asyik banyak yang pening; Abang ibarat pelita padam, Sumbu pendek minyak pun kering.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Banyak pinang serta sayur, Bunga pekan dalam cerana; Hati perut bagai dilayur, Dengar pesan abang di sana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kata tua kata berilmu, llmu dunia serta akhirat; Hina bangsa tiada bermalu, Malu punah tibalah laknat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau helat hendak ramai, Bunyikan gendang serta tetawak; Kalau adat hendak dipakai, Berhati lapang bicara bijak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau helat hendak ramai, Banyakkan lauk serta penganan; Kalau adat hendak dipakai, Tegak budak memelihara beriman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas