Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesuai;

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Ujung rasuk dimakan kumbang, Diganti lain kurang sesuai; Untung buruk badan terbuang, Pagi kahwin petang bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang bertutur yang berkerat, Yang bertangkai yang dituai; Yang seukur yang sekerat, Yang sesuai yang dipakai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu dari muafakat, Duduk di majlis memakai adab; Kuat Melayu berdiri adat, Elok manis sesuai cakap.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna pergi ke ladang, Bila padi tidak bertuai; Apa guna menanti abang, Bila adik tidak sesuai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak geroda meninggi hari, Mati ditembak di dalam buai; Banyak muda dapat dicari, Gelak di manakan sesuai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas