Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.tan] | سيتن

Definisi : (sétan) 1. bp makhluk halus yg jahat (menggalakkan membuat kejahatan), syaitan: di sini tempat ~ dan iblis bermain; 2. ki (orang yg) jahat lagi buruk perangainya: pelajar-pelajar itu ada juga yg ~-~; 3. bp kata makian; mempersetan, mempersetankan tidak mem­pedulikan (mengendahkan): rakyat memper­setankan seruan pengkhianat-pengkhianat itu; kesetanan dirasuk (diganggu) setan; persetan bk jahanam: ~lah dgn mesyuarat; syaitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.tan] | سيتن

Definisi : /sétan/ 1 makhluk halus yg jahat serta menggalakkan manusia berbuat jahat: Jangan diikut hasutan hantu dan ~. 2 ki orang yg jahat dan buruk perangainya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setan

Peribahasa

Neraca palingan bungkal,
     hati palingan Tuhan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Hari hujan hati menangis, Hendak duduk lantainya basah; Laki setan bininya iblis, Tegak beramuk duduk berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun gulai mulai resan, Kerana lapar dimakan juga; Walaupun perangai bagaikan setan, Kerana pembesar didiamkan saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang disebut berkain basahan, Memakai kain di waktu mandi; Orang berebut berkawan setan, Pandai bermain menipu isteri.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apabila ternak tidak di pagar, Lambat-laun lari ke hutan; Apabila beranak tidak diajar, Lambat-laun menjadi setan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas