Buah pisang setandan lebat, Masaknya manis bukan kepalang; Sudah kupinang tiada dapat, Hendak menangis malu kan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok bersusun setandan penuh, Bila masak cepat ditebang; Untuk penonton hidup senonoh, Supaya tidak mendapat malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyak pula isi sikatnya Elok bersusun setandan penuh; Banyak pula kaji tersiratnya, Untuk penonton hidup senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak burung terbang perlahan, Hinggap mari ranting kayu; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur masak layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Dari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |