Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setangkai

Puisi
 

Bunga melur setangkai diri,
     Anak udang dari Patani;
Tidur malam seorang diri,
     Aku tak tahu selama ini.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sebab kasih akan bunga setangkai,
     dibuang bunga seceper.

Bermaksud :

Kerana sayang pada seorang saja, disia-siakan keluarga yang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Buang bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Berapa teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambutan setangkai ranum, Mari dimakan bulan puasa; Tuan ketawa saya tersenyum, Hendak ditegur belum biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Belum teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cakuk manis dua setangkai, Olehku membeli di kedai Cina; Mulutmu manis sedang kaupakai, Banyaklah orang sudah terkena.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga pudak tujuh setangkai, Gajah bersila di uratnya; Angin ribut boleh kutangkal, Hati gila apa ubatnya?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah duku masak setangkai, Dalam balang di tepi pintu; Apakah ilmu yang tuan pakai, Makin dipandang semakin rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bunga lada tangkainya sama, Petik setangkai kembang melati; Adinda berjanji terlalu lama, Tidak sanggup kanda menanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung merak burung di rimba, Burung makan padi setangkai; Belum layak rupanya dia, Hendak mati bertindih bangkai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas