Sungguh baik berbaju pandak, Pendeknya sedang dalam setara; Sungguhlah baik laku si pekak, Diejek orang didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Cantik tidak setara mana, Kasih tersangkut di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat resam kata orang, Ada raja dengan wazirnya; Adat faham lembaga terang, Setara nama dengan fiilnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Ada patut dengan layaknya; Adat faham lembaga terang, Setara mulut dengan akhlaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam ada orang, Ada kendur ada tegangnya; Ada faham lembaga terang, Setara ukur dengan timbangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Ada letak dengan tempatnya; Adat faham lembaga terang, Setara tegak dengan sifatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat resam kata orang, Ada suruh dengan tegahnya; Ada faham lembaga terang, Setara peluh dengan upahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Nak mandi di pangkalan mana, Ingat sedikit disambar buaya; Adik nak cari setara mana, Carilah yang serupa saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata adat kata berisi, Tidak ada kata terbuang; Kita seadat sama senegeri, Tegak setara muka belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |