Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.te.ru] | سترو

Definisi : musuh atau lawan (orang perseorang­an): drpd banyak ~, baik banyak sahabat; berseteru mempunyai seteru, bermusuh: barangkali kerajaan akan melancarkan tindakan ~ di luar negara; drpd bersahabat dgn orang yg bodoh, baik ~ dgn orang yg berakal prb tidak ada sesuatu pun yg boleh didapati drpd orang bodoh tetapi drpd orang cerdik kita boleh mempelajari walaupun dia musuh kita; menyeterui memusuhi; memperseterukan menjadikan seteru, meng­anggap musuh; perseteruan perihal berseteru, permusuhan: umat Arab sebelum Islam sentiasa dlm huru­hara, pertelingkahan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.te.ru] | سترو

Definisi : orang yg ditentang dlm pe­perangan atau dlm perkelahian; orang yg dipercayai akan merosakkan diri kita sendiri; musuh: Drpd banyak ~, lebih baik banyak sahabat. berseteru 1 mempunyai seteru. 2 tidak ber­baik-baik antara satu dgn yg lain; bermusuh: Dia memang ~ dgn saya. perseteruan perbuatan (hal dsb) ber­seteru; permusuhan: Sistem ini telah menimbulkan ~ dan persaingan hebat di kalangan keluarga Umaiyah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seteru (kata nama)
Bersinonim dengan musuh, lawan, udu, tentangan, tandingan, saingan;,
Kata Terbitan : berseteru, menyeterui, memperseterukan, perseteruan,


Pantun

PantunSumberTema
Apa gunanya badik di badan, Bila takut seteru datang; Apa gunanya adik berpesan, Bila takut bertemu abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kata tua kata bermalu, Malu berbuat kerja menyalah; Hina bangsa kerana berseteru, Seteru membuang berpecah belah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perempuan berlemah lembut, Laku terbilang bercakap santun; Adat berjalan tuah mengikut, Seteru hilang hidup pun hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pucuk kemiri dimakan ulat, Kayu yang kuat menjadi rapuh; Buruk negeri lupakan adat, Seteru dekat negeri pun runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jika menyukat tidak pandai, Tentu ditimbang tak sama berat; Jika adat tidak dipakai, Seteru datang laut dan darat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila batang tidak berakar, Tentulah tumbang jatuh ke tanah; Bila hutang tidak terbayar, Seteru datang musuh bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila padi tidak ditampi, Manakan tahu bernas dan hampa; Apabila janji tidak ditepati, Banyaklah seteru nahas pun tiba.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila tiang tidak disimpal, Lambat-laun tentulah retak; Apabila orang rosak perangai, Laknat turun seteru pun banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila bekal tidak penuh, Berjalan jauh tentulah susah; Apabila akal tidak senonoh, Kawan menjauh seteru bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas